Asas-asas hubungan kemasyarakatan antara agama dalam perspektif Islam dan Kristian: The foundations of interfaith societal relations in Islamic and Christian perspectives

al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Asas-asas hubungan kemasyarakatan antara agama dalam perspektif Islam dan Kristian: The foundations of interfaith societal relations in Islamic and Christian perspectives
 
Creator Mat Nor, Mirzatul Aqilah
Mohamad Ramli, Yusri
 
Subject Asas-Asas
Hubungan Kemasyarakatan
Agama
Panduan
 
Description Kepelbagaian agama adalah satu keunikan dalam masyarakat. Setiap negara mahukan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakatnya, khususnya negara yang memiliki masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Keharmonian adalah salah satu faktor utama dalam kemajuan sesebuah negara. Namun, hubungan kemasyarakatan antara agama memerlukan satu asas yang jitu agar dapat menjadi panduan kepada semua lapisan masyarakat dalam membentuk hubungan sosial yang harmoni. Justeru, penjelasan berkaitan asas-asas hubungan kemasyarakatan dari sudut keagamaan diperlukan, agar dapat memberikan kefahaman yang lebih baik kepada setiap penganut agama masing-masing dan juga untuk memastikan wujudnya perpaduan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang agama. Kajian ini merujuk kepada kajian-kajian lepas berkaitan konsep kemasyarakatan dan asas-asas hubungan kemasyarakatan antara agama menurut agama Islam dan Kristian serta faktor-faktor pengabaian asas-asas hubungan kemasyarakatan antara agama. Analisis kajian dilakukan untuk mengenal pasti asas-asas yang telah ditetapkan dalam agama Islam dan Kristian berkaitan hubungan kemasyarakatan antara agama berdasarkan kepada penelitian teks al-Quran dan Bible. Tema asas hubungan kemasyarakatan antara agama yang didapati hasil penemuan dan penjelasan daripada kedua-dua teks al-Quran dan Bible termasuklah berkenal-kenalan dan tolong menolong, hormat menghormati dan juga berbuat kebaikan. Seterusnya, melalui asas-asas ajaran agama ini, setiap agama dilihat memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan kemasyarakatan antara agama. Kajian ini berbentuk kualitatif dan segala maklumat dan data diperolehi melalui kajian-kajian lepas dan juga penelitian teks al-Quran dan Bible. Maklumat dan data yang diperoleh dianalisis secara terperinci untuk mendapatkan kesahihan sumber. Asas-asas hubungan kemasyarakatan antara agama menurut teks agama perlu diketengahkan agar masyarakat dapat memahami bahawa agama Islam dan Kristian tidak menolak hubungan kemasyarakatan antara agama, namun mempunyai batas dan panduan tertentu yang perlu dipatuhi.
 
Publisher FPPI Press
 
Date 2021-12-21
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/218
10.53840/alirsyad.v6i2.218
 
Source al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues; Vol. 6 No. 2 (2021): al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues; 718-732
2550-1992
0128-116X
10.53840/alirsyad.v6i2
 
Language eng
 
Relation http://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/218/100
 
Rights Copyright (c) 2021 al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues
http://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library