Strategi Daya Tindak Belia Pelbagai Etnik Dalam Mengatasi Penagihan Semula Dadah, di Sabah

Asian Social Work Journal (ASWJ)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Strategi Daya Tindak Belia Pelbagai Etnik Dalam Mengatasi Penagihan Semula Dadah, di Sabah
 
Creator Muamat Husin, Mohd Hafizan
Wan Sulaiman, Wan Anor
 
Description Penagihan semula di kalangan bekas penagih dadah bukanlah suatu isu baru. Usaha ini telah lama giat dijalankan sejak penagihan dadah dianggap satu masalah serius bersifat epidemik sejak tahun 70-an lagi. Strategi daya tindak yang pelbagai di kalangan penagih dadah yang tidak dilakukan secara betul menyebabkan mereka tidak dapat mengelak dari terjebak semula dengan dadah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui strategi daya tidak belia pelbagai etnik untuk mengatasi masalah penagihan semula dan melihat hubungan antara strategi daya tindak antara belia pelbagai etnik dalam usaha untuk mengurangkan penagihan semula. Kajian ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Subjek kajian adalah terdiri daripada belia yang pernah terlibat dengan pemulihan dadah di pusat-pusat pemulihan. Seramai 63 orang telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini telah dijalankan melibatkan bekas penagih di Papar dan Beaufort. Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampel bertujuan yang melibatkan 63 orang belia berumur 18 – 35 tahun dari kawasan-kawasan yang terpilih sahaja seperti dari Papar dan Beaufort. Dalam kajian ini, alat kajian yang digunakan ialah ‘Drug Avoidance Sel-Efficacy Scale’ diasaskan oleh Martin (1992). Inventori yang digunakan dalam kajian ini menyenaraikan 16 soalan strategi daya tindak mengawal diri daripada terlibat dengan dadah. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan rata-rata sampel kajian mempunyai kemampuan strategi daya tindak positif yang agak tinggi dan tahap coping adalah sederhana. Kajian ini juga menunjukkan setiap etnik mempunyai cara strategi yang berbeza untuk mengatasi masalah mereka apabila berhadapan dengan situasi bermasalah yang mendorong mereka untuk mengambil dadah semula.
 
Publisher Asian Social Work Journal
 
Date 2021-10-16
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialwork.com/index.php/aswj/article/view/191
10.47405/aswj.v6i5.191
 
Source Asian Social Work Journal; Vol 6 No 5 (2021); 56 - 68
0128-1577
 
Language eng
 
Relation https://msocialwork.com/index.php/aswj/article/view/191/117
 
Rights Copyright (c) 2021 Asian Social Work Journal
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library