Kurang Celik Akal Pencetus Kepada Penagihan Dadah dalam kalangan Remaja

Asian Social Work Journal (ASWJ)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Kurang Celik Akal Pencetus Kepada Penagihan Dadah dalam kalangan Remaja
 
Creator Daud, Nazri
Wan Sulaiman, Wan Anor Bin
 
Description Generasi muda merupakan modal insan yang amat penting kepada kesejahteraan dan pembangunan negara. Penglibatan golongan ini dalam aktiviti penyalahgunaan dadah telah mengancam keselamatan dan kemakmuran negara, malahan menjejaskan perkembangan sahsiah diri remaja ke alam dewasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis sejauh mana tahap ‘celik akal’ terhadap pengetahuan dadah dan kesannya dalam kalangan penagih remaja. Pengkaji mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui temu bual separuh berstruktur untuk memperoleh data. Kajian kes digunakan untuk meneroka dan memahami fenomena yang berlaku berdasarkan perspektif peserta kajian. Seramai enam orang remaja yang dikenal pasti mempunyai rekod penyalahgunaan dadah dan berusia di antara 13-18 tahun telah dipilih sebagai peserta kajian melalui persampelan bertujuan. Dapatan diperolehi menunjukkan ‘celik akal’ terhadap dadah yang dimiliki oleh penagih remaja adalah bersifat umum iaitu sekadar cuma mengetahui dadah itu bahan bahaya, menimbulkan ketagihan serta memberikan kesan fizikal dan psikologikal. Sumber maklumat dadah berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebagai seorang penagih dadah sebelum ini dan melalui kawan-kawan. Kajian ini memberi implikasi ke arah memperkasakan modul pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan remaja oleh pihak berkepentingan dengan menyebarluaskan segala maklumat melalui percambahan pengetahuan dadah dan kesan yang tepat serta betul sebagai instrumen utama untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia.
 
Publisher Asian Social Work Journal
 
Date 2021-10-16
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialwork.com/index.php/aswj/article/view/187
10.47405/aswj.v6i5.187
 
Source Asian Social Work Journal; Vol 6 No 5 (2021); 42 - 55
0128-1577
 
Language eng
 
Relation https://msocialwork.com/index.php/aswj/article/view/187/116
 
Rights Copyright (c) 2021 Asian Social Work Journal
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library