Masalah Murid Etnik Bajau dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua

Borneo International Journal

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Masalah Murid Etnik Bajau dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua
 
Creator Syed Ali, Aman Shah
Mahamod, Zamri
Mis, Mohammed Azlan
 
Description Makalah ini membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid bukan penutur natif (etnik Bajau) yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah dalam penulisan karangan. Berdasarkan Teori Pemerolehan Bahasa Kedua Krashen (1981) dan Model Pemerolehan Bahasa Kedua Ellis (1994), proses pemerolehan bahasa kedua murid bukan penutur natif adalah berbeza dengan murid penutur natif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Peserta kajian ini terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar murid etnik Bajau di lapan buah sekolah rendah. Pemilihan peserta kajian adalah secara pensampelan bertujuan. Guru yang dipilih mestilah memenuhi kriteria pemilihan peserta kajian yang telah ditetapkan. Lokasi kajian adalah di lapan buah sekolah rendah yang terletak di Daerah Semporna, Sabah dan mempunyai murid yang majoritinya terdiri daripada murid etnik Bajau. Hasil temu bual mendapati murid etnik Bajau menghadapi masalah yang serius dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Antara masalah yang dihadapi oleh murid etnik Bajau adalah, (i) penggunaan kosa kata yang terhad, (ii) tidak dapat menjanakan idea dengan baik, (iii) penguasaan aspek teknikal penulisan karangan dan (iv) penguasaan format dan jenis karangan yang terhad. Kajian ini juga mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan murid etnik Bajau dalam penulisan karangan iaitu, (i) pengaruh bahasa ibunda, (ii) pengaruh persekitaran linguistik dan (iii) kurangnya minat membaca dalam kalangan murid. Data kajian ini dianalisis secara bertema menggunakan perisian Atlas.ti 8.24 (versi Mac). Ringkasnya, masalah penguasaan murid etnik Bajau dalam penulisan memerlukan penyelesaian holistik dan bersepadu daripada semua pihak.
Kata kunci: murid bukan penutur natif; etnik Bajau; penulisan karangan; sekolah rendah
Abstract
This paper discussed the problems in essay writing faced by pupils who were not Malay native speakers (Bajau ethnic) that learn Malay as a second language in primary schools. Based on Krashen's (1981) Second Language Acquisition Theory and Ellis's (1994) Second Language Acquisition Model, the second language acquisition process of non -native speaking pupils is different from that of native speaking pupils.This study used a qualitative approach through semi-structured interviews as a research instrument. The participants in this study consisted of Malay subject teachers teaching the Bajau ethnic pupils in eight primary schools. The selection of study participants was by purposive sampling. The selected teachers must meet the criteria for the selection of study participants that had been set. The study location is in eight primary schools located in Semporna District, Sabah and has students, the majority of whom are Bajau ethnic pupils. The interviews found that Bajau pupils faced serious problems in the Malay language essay writing. Among the problems faced by Bajau pupils were, (i) limited use of vocabulary, (ii) not being able to generate ideas well, (iii) mastery of technical aspects of essay writing, and (iv) limited mastery of essay format and type. This study also found that several factors influence the mastery of Bajau pupils in essay writing, namely, (i) the influence of mother tongue, (ii) the influence of linguistic environment, and (iii) lack of interest in reading among the pupils. The study data were analysed thematically using Atlas.ti 8.24 software (Mac version). In short, the writing mastery problem of Bajau pupils requires a holistic and integrated solution from all parties.
Keywords: non-native speaking students; Bajau ethnic; essay writing; primary school
 
Publisher Majmuah Enterprise
 
Date 2021-10-07
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/95
 
Source Borneo International Journal eISSN 2636-9826; Vol 4 No 3 (2021): September; 26-36
2636-9826
 
Language eng
 
Relation https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/95/62
 
Coverage Pendidikan Bahasa Melayu
 
Rights Copyright (c) 2021 Borneo International Journal eISSN 2636-9826
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library