Pembelajaran Sejarah Berasaskan Penggunaan Platform Google Classroom dan Aplikasi Kemahiran 4K

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Pembelajaran Sejarah Berasaskan Penggunaan Platform Google Classroom dan Aplikasi Kemahiran 4K
 
Creator Kaviza, M.
 
Description Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi murid terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran sejarah melalui penggunaan platform Google Classroom dan aplikasi kemahiran 4K berdasarkan jantina. Seramai 41 orang murid tingkatan dua terlibat dalam kajian yang ditentukan berdasarkan teknik persampelan berkelompok. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik skala 5 likert yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai ketekalan yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar dengan menggunakan perisian IBMSPSS versi 24. Dapatan kajian ini telah melaporkan bahawa tahap persepsi murid terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran sejarah melalui penggunaan platform Google Classroom dan aplikasi kemahiran 4K adalah tinggi. Selain itu, tahap persepsi murid terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran sejarah melalui penggunaan platform Google Classroom dan aplikasi kemahiran 4K juga dilaporkan berada pada tahap tinggi dalam kalangan murid lelaki dan murid perempuan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini telah melaporkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi persepsi murid terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran sejarah melalui penggunaan platform Google Classroom dan aplikasi kemahiran 4K berdasarkan jantina. Implikasi kajian ini telah membuka ruang cadangan kepada para guru sejarah untuk mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti pembelajaran sejarah dengan menggunakan platform Google Classroom dan mengaplikasikan kemahiran 4K iaitu kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikiran kreatif, kemahiran kolaborasi dan kemahiran komunikasi dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan bagi mata sejarah dengan lebih meluas.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-07-10
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/920
10.47405/mjssh.v6i7.920
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 7 (2021); 171 - 179
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/920/627
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library