Penerapan Kefahaman Nilai Interaksi dalam Menangani Sikap Ekstrem Ke Arah Mewujudkan Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Penerapan Kefahaman Nilai Interaksi dalam Menangani Sikap Ekstrem Ke Arah Mewujudkan Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia
 
Creator Wan Hassan, Wan Zulkifli
 
Description Kepelbagaian etnik perlu diurus dengan sempurna dan ia sekali gus menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini akan menentukan suasana hubungan etnik yang lebih baik pada masa hadapan. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah dengan melihat persoalan tentang bagaimana kefahaman masyarakat terhadap nilai interaksi yang sebenar supaya dapat dijadikan penyelesaian dalam segala bentuk permasalahan masyarakat pelbagai etnik. Aspek yang sering kali dihadapi oleh sebahagian pemikiran masyarakat ialah kefahaman mereka tentang nilai interaksi yang digalakkan dan apakah perkara yang boleh dikongsi bersama dengan masyarakat berlainan etnik, agama dan budaya. Ketidakfahaman masyarakat sendiri mengenai nilai interaksi yang sebenar khususnya dalam konteks agama dan kepercayaan tertentu sering kali membawa mereka menjauhkan diri daripada masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya. Ada yang bersikap ekstrem dan mengambil jalan sukar dalam memahami nilai interaksi yang sebenar kerana tidak mengetahui akan kewujudan kelonggaran dan toleransi dalam kes-kes tertentu.. Kajian ini akan dilaksanakan berdasarkan soal selidik secara atas talian (online) dalam kalangan responden yang pernah didedahkan tentang nilai interaksi sebenar seramai 554 orang responden. Data yang dipungut, dianalisis dan dikodkan secara kuantitatif dengan menggunakan teknik SPSS terhadap soal selidik yang dijawab oleh responden. Ini membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam terhadap isu yang dikaji. Kajian mendapati majoriti masyarakat memahami tentang nilai interaksi sebenar dalam mewujudkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia. Hal ini dilihat tidak memberi kesan yang buruk kepada masyarakat pelbagai etnik. Ia sekali gus menggambarkan kefahaman tentang nilai interaksi dapat membendung sikap ekstrem dalam kalangan masyarakat. Dapatan kajian mendapati nilai pegangan agama yang kuat boleh memandu mereka dalam mewujudkan interaksi yang antara sesama manusia, nilai simpati terhadap orang lain meskipun berlainan bangsa, etnik dan agama, sifat pemaaf, mempunyai persepsi positif terhadap orang lain, sikap toleransi dengan kaum yang lain, sayangkan keharmonian dalam sesebuah negara dan hormat nilai warisan dan agama rasmi negara
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-07-10
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/919
10.47405/mjssh.v6i7.919
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 7 (2021); 149 - 170
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/919/626
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library