Satu Tinjauan Terhadap Pemikiran dan Idea Bunuh Diri dalam kalangan Pelajar

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Satu Tinjauan Terhadap Pemikiran dan Idea Bunuh Diri dalam kalangan Pelajar
 
Creator Abdul Aziz, Abdul Rashid
Ab Razak, Nor Hamizah
 
Description Ketika ini, statistik kes bunuh diri di Malaysia dilihat sedang mengalami peningkatan yang mendadak. Fenomena ini diburukkan lagi dengan penularan wabak COVID-19 yang kian mengganas. Penularan wabak COVID-19 ini telah memberikan banyak implikasi buruk kepada pelbagai lapisan masyarakat. Hal ini tidak terkecuali dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap idea dan pemikiran bunuh diri dalam kalangan golongan muda yang terdiri daripada pelajar. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan persampelan rawak mudah melibatkan 120 responden. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik Adult Suicidal Ideation Questionnaire (ASIQ) yang mengandungi 25 item. Data kajian dianalisis menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 untuk menganalisis data statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa skor yang melebihi nilai batasan (cut-off score) iaitu 31 dan lebih, menunjukkan tahap pemikiran responden ke arah bunuh diri dan memerlukan intervensi dari kaunselor mahupun psikiatri. Nilai min bagi jumlah skor responden ialah 11.2, manakala sisihan piawainya 17.8. Terdapat lima orang responden mencatatkan jumlah skor melebihi daripada 31 yang menunjukkan bahawa golongan ini mempunyai tahap pemikiran dan idea bunuh diri yang tinggi. Konklusinya, kajian ini dapat membuka mata ibu bapa dan pihak pengurusan Universiti berkaitan kebarangkalian pelajar untuk mempunyai pemikiran dan idea bunuh diri. Sekiranya masalah ini dapat dikenalpasti lebih awal, pelajar boleh dirujuk untuk penilaian dan penerokaan dengan lebih lanjut melalui intervensi secara klinikal agar kejadian bunuh diri dapat dielakkan.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-07-10
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/909
10.47405/mjssh.v6i7.909
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 7 (2021); 12 - 26
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/909/614
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library