Tahap Pengetahuan Kolokasi Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar Universiti Awam Malaysia

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Tahap Pengetahuan Kolokasi Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar Universiti Awam Malaysia
 
Creator Asbulah, Lily Hanefarezan
 
Description Kolokasi merupakan aspek bahasa yang ditemui oleh semua bahasa dan merupakan gandingan dua patah perkataan (leksikal) atau lebih yang membawa maksud baru dan berbeza daripada maksud bagi perkataan tunggal (asal). Pelajar yang memiliki tahap penguasaan kolokasi yang tinggi diiktiraf sebagai individu yang mencapai tahap kompeten dalam komunikasi dan memiliki kefasihan yang tinggi. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan kolokasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar university awam. Kajian ini merupakan kajian kuantittaif yang berbentuk tinjauan (cross-sectional) yang melibatkan seramai 344 responden daripada kalangan pelajar tahun akhir dari lapan buah universiti awam di Malaysia. Data yang diperolehi dianalisis secara dekskriptif menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan kolokasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti awam adalah masih di tahap yang rendah. Situasi ini menunjukkan bahawa kelemahan ini adalah disebabkan oleh pelajar tidak dapat menguasai makna dan fungsi penggunaan sesuatu perkataan Arab itu dengan baik. Keadaan bertambah rumit apabila keterbatasan penguasaan perbendaharaan kata. Justeru, pembelajaran kolokasi perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana pembelajaran kolokasi bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan leksikal malah dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan berkomunikasi samada dalam pertuturan atau penulisan. Antara cadangan yang boleh dilakukan, penggubal buku teks dapat mengambil inisiatif dengan menyediakan bahan kolokasi bagi perkataan yang berfrekuensi secara sedikit demi sedikit dari peringkat sekolah rendah dan menengah. Tidak ketinggalan, pembelajaran kolokasi berasaskan sumber data korpus juga haruslah diperkenalkan agar pelajar dapat menyerap manfaat dan potensi daripada data korpus yang menyediakan sumber bahasa Arab yang autentik.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-07-10
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/888
10.47405/mjssh.v6i7.888
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 7 (2021); 127 - 138
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/888/624
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library