Kaedah Humor dalam Pengajaran oleh Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah : Satu Kajian Fenomenologi

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Kaedah Humor dalam Pengajaran oleh Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah : Satu Kajian Fenomenologi
 
Creator Horace, Hafifi H.
Mosin, Musirin
 
Description Penyelidikan ini adalah mengenai kaedah humor dalam pengajaran guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Pendekatan kajian yang digunakan adalah menggunakan kajian kualitatif. Manakala reka bentuk kajian adalah fenomenologikal. Instrumen yang digunakan dalam melaksanakan pengumpulan data adalah temu bual separa berstruktur, rakaman audio pengajaran dan analisis dokumen. Pemilihan peserta kajian seramai empat orang adalah secara bertujuan dan berdasarkan kriteria humor yang ditentukan oleh penyelidikan berpandukan kajian-kajian lepas mengenai humor dalam pengajaran. Analisis data telah dilaksanakan dengan menggunakan analisis tematik. Tema-tema yang dihasilkan adalah berdasarkan pengulangan elemen berdasarkan data yang diperoleh melalui hasil analisis dapatan daripada data verbatim para peserta kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah humor dalam pengajaran oleh peserta kajian adalah sesuai dengan konteks pengajaran Bahasa Melayu dan juga kepada para murid dalam suasana Pengajaran dan Pemudahancaraan Bahasa Melayu. Tema yang muncul daripada elemen dan kategori yang dihimpunkan ialah terdiri daripada tiga tema iaitu kaedah humor secara komunikasi, kaedah humor menggunakan bahan dan kaedah humor secara variasi pengajaran. Kesimpulannya, para peserta kajian menggunakan humor yang bersesuaian dan boleh diterima oleh murid di sekolah rendah. Kaedah humor yang digunakan juga adalah seiring dengan konsep pembelajaran menyeronokkan serta kaedah didik hibur yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Justeru, dapatan yang diperoleh daripada penyelidikan ini adalah diharapkan untuk dicadangkan sebagai satu panduan pengajaran penggunaan humor dalam pengajaran oleh guru Bahasa Melayu di sekolah rendah bermula daripada pendedahan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri seterusnya di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah dan latihan dalaman di peringkat sekolah rendah kelak.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-07-10
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/884
10.47405/mjssh.v6i7.884
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 7 (2021); 63 - 70
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/884/618
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library