Cabaran dan Makna Tersirat Arahan Perubahan Terma Panggilan Sabah dan Sarawak dari Negeri ke Wilayah

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Cabaran dan Makna Tersirat Arahan Perubahan Terma Panggilan Sabah dan Sarawak dari Negeri ke Wilayah
 
Creator Ibrahim, Mohd. Azri
Ationg, Romzi
Esa, Mohd. Sohaimi
Abang Muis, Abang Mohd. Razif
Abdullah, Sirahim
 
Description Dalam satu Majlis Makan Tengah Hari Bersama Kepimpinan Masyarakat di Kuching, Sarawak pada 02 April 2021 Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan atau mengarahkan supaya terma panggilan untuk Sarawak dan Sabah yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta merta. Arahan tersebut telah mendapat reaksi berbeza dari pelbagai pihak, khususnya rakyat di Sabah dan Sarawak. Sebahagian daripadanya dilihat teruja dan bersetuju dengan pengumuman tersebut. Tidak kurang juga yang bersikap sinis terhadap arahan perubahan tersebut. Malahan ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa pengumuman tersebut hanyalah sandiwara politik. Mereka menegaskan bahawa penggunaan istilah wilayah hanya akan menurunkan lagi taraf Sabah dan Sarawak sama seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Justeru, mereka menentang penggunaan terma wilayah kerana mereka beranggapan bahawa ianya tidak wajar kerana Sabah dan Sarawak adalah rakan setara atau equal partners kepada Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura ketika Malaysia ditubuhkan pada 1963. Ini bermakna, terdapat cabaran khusus dalam usaha memastikan aspirasi perubahan terma panggilan yang dimaksudkan serta adanya maksud tersirat daripada arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini. Sehubungan itu, kertas kerja ini membincangkan cabaran merealisasikan aspirasi tersebut serta makna tersirat di sebalik arahan perubahan nama panggilan Sabah dan Sarawak dari negeri ke wilayah. Diharapkan agar kertas kerja ini dapat menyediakan peluang kepada para pembaca untuk memahami apakah cabaran bagi merealisasikan aspirasi perubahan nama panggilan ini serta maksud tersirat di sebalik arahan tersebut.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-07-10
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/879
10.47405/mjssh.v6i7.879
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 7 (2021); 109 - 117
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/879/622
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library