Metodologi Ibn Ḥajar dalam berinteraksi dengan riwayat al-Wāqidī untuk memperincikan Kisah Sirah

HADIS

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Metodologi Ibn Ḥajar dalam berinteraksi dengan riwayat al-Wāqidī untuk memperincikan Kisah Sirah
 
Creator Wan Subki, Wan Muhd Usaid
Ramle, Muhamad Rozaimi
 
Description Terdapat kecenderungan sebahagian pengkaji-pengkaji moden untuk menolak riwayat al-Wāqidī secara mutlak dengan alasan beliau perawi yang terlalu lemah. Namun, kecenderungan ini dilihat berbeza dengan pendirian ulama silam yang menerima riwayat al-Wāqidī apabila memenuhi syarat yang mereka gariskan. Antara ulama silam yang menerima riwayat beliau dengan syarat ialah Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Beliau didapati banyak menukilkan riwayat al-Wāqidī dalam kitabnya Fatḥ al-Bārī. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat metodologi Ibn Ḥajar ketika berinteraksi dengan riwayat al-Wāqidī. Antara tujuan utama Ibn Ḥajar ketika membawakan riwayat al-Wāqidī dari kitabnya al-Maghāzī adalah bagi melengkapkan perincian kisah sirah sedia ada. Ini kerana al-Wāqidī merupakan seorang yang agak teliti dan mempunyai pengetahuan tambahan dalam memberikan perincian mengenai sesuatu peristiwa. Kajian ini akan menganalisis metodologi Ibn Ḥajar ketika menggunakan riwayat al-Wāqidī untuk memperincikan kisah sirah. Kajian ini akan menggunakan metod kaedah induktif iaitu menganalisis data melalui penelitian dan pemerhatian terhadap fakta-fakta yang khusus untuk menggagaskan teori dan prinsip yang bersifat umum. Hasil kajian mendapati bahawa Ibn Ḥajar banyak menggunakan riwayat al-Wāqidī bagi melengkapkan perincian kisah sirah terutamanya pada empat aspek yang utama iaitu dari sudut perincian bagi tempoh dan waktu bagi sesuatu peristiwa, bilangan yang terlibat dalam sesuatu peristiwa, sebab peristiwa itu berlaku, perincian mengenai nama dan juga perincian mengenai sesuatu tempat. Justeru, jelas bahawa al-Wāqidī mempunyai banyak perincian terhadap kisah sirah lalu dinukilkan oleh Ibn Ḥajar dalam kitabnya Fatḥ al-Bārī.
 
Publisher KUIS Press
 
Date 2021-06-14
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/149
 
Source HADIS; Vol 11 No 21 (2021): HADIS; 718-732
2550-1585
2231-9018
 
Language eng
 
Relation http://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/149/85
 
Rights Copyright (c) 2021 HADIS
http://creativecommons.org/licenses/by/4.0
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library