Galakan keusahawanan menurut perspektif Hadis Nabawi: satu tinjauan literatur sistematik

HADIS

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Galakan keusahawanan menurut perspektif Hadis Nabawi: satu tinjauan literatur sistematik
 
Creator Shaharuddin, Syarul Azman
Usman, Abur Hamdi
Abd. Majid, Mariam
Abdullah, Muhammad Yusof Marlon
Amran, Siti Nor Atiqah
 
Description Keusahawanan merupakan sebahagian daripada jihad ekonomi serta pemangkin utama dalam perkembangan kesejahteraan umat Islam. Hal ini dapat dinilai berdasarkan sejarah perkembangan Islam, bermula dari perniagaan Siti Khadījah RA dan kehebatan perdagangan para sahabat serta amalan infak demi penyebaran agama Islam. Terdapat hadis yang menyentuh bidang keusahawanan, sama ada daripada galakan, ciri-ciri dan peranan usahawan. Hadis-hadis ini dilihat berharga sebagai dorongan umat Islam untuk menceburi bidang keusahawanan. Oleh itu, pengkaji menggunakan metodologi tinjauan literatur sistematik (systematic literature review) dalam menganalisis hadis tematik berkaitan galakan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan umat Islam. Berdasarkan kaedah tinajaun literatur sistematik (systematic literature review), kajian mendapati lima (5) hadis yang menepati objektif kajian manakala status hadis terdiri daripada tiga (3) hadis ṣaḥīḥ, satu (1) hadis ḥasan, dan satu (1) hadis ḍa‘īf. Islam menggalakkan pengikutnya menceburi bidang ini namun perlaksanaannya hendaklah berlandaskan syariat Islam dengan meninggalkan larangan dan melaksanakan suruhan. Implikasi daripada keusahawanan yang menepati syariat Islam akan melahirkan anjakan paradigma dalam budaya perniagaan Islam. Semestinya dengan mengamalkan budaya perniagaan Islam, akan memberi impak besar dan positif terhadap kemajuan ekonomi ummah.
 
Publisher KUIS Press
 
Date 2021-06-14
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/130
 
Source HADIS; Vol 11 No 21 (2021): HADIS; 689-700
2550-1585
2231-9018
 
Language eng
 
Relation http://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/130/89
 
Rights Copyright (c) 2021 HADIS
http://creativecommons.org/licenses/by/4.0
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library