Hubungan antara Kepuasan Kerja dan Kesihatan Psikologi dalam kalangan Pekerja Wanita di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Hubungan antara Kepuasan Kerja dan Kesihatan Psikologi dalam kalangan Pekerja Wanita di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya
 
Creator Rosli, Nur Syahirah
Salamuddin, Norlena
 
Description Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepuasan kerja dan kesihatan psikologi dalam kalangan pekerja wanita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Borang soal selidik Job Satisfaction Survey (Spector, P. E. 1997) diguna pakai untuk mengukur lima faktor kepuasan kerja, iaitu gaji, penyeliaan, suasana pekerjaan, rakan sekerja dan kenaikan pangkat. Manakala General Health Question (Goldberg and Hillier, 1979) diguna pakai untuk mengukur tiga dimensi kesihatan psikologi, iaitu kegelisahan dan insomnia, disfungsi sosial dan kemurungan. Seramai 175 pekerja wanita di KBS terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara kepuasan kerja dan kesihatan psikologi. Hasil penyelidikan ini dapat disimpulkan bahawa kepuasan kerja dan kesihatan psikologi adalah penyebab penting kepada kesihatan pekerja. Apabila pekerja berasa gembira dengan kerja mereka, mereka menjadi lebih produktif dan cenderung untuk menjadi lebih sihat. Apabila pekerja merasa tertekan dengan bebanan kerja, dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi kesihatan mereka. Cadangan kajian adalah agar lebih banyak kajian yang dibuat dengan lebih luas dan terbuka dan pemboleh ubah lain yang mempunyai kesan terhadap kepuasan kerja dan kesihatan psikologi pekerja juga diambil kira. Sebagai contoh, hubungan antara kepuasan kerja dan kesihatan psikologi di kalangan pekerja wanita perlu dibandingkan pada kedua-dua sektor iaitu sektor kerajaan dan swasta untuk melihat perbezaan faktor kepuasan kerja dan juga faktor kesihatan psikologi dalam kalangan pekerja wanita di Malaysia yang mungkin dipengaruhi oleh faktor lain.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-04-08
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/771
10.47405/mjssh.v6i4.771
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 4 (2021); 126 - 135
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/771/548
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library