Pemikiran Imran N. Hosein tentang Yakjuj dan Makjuj di dalam "An Islamic View Of Gog And Magog In The Modern World" menurut perspektif Hadis

HADIS

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Pemikiran Imran N. Hosein tentang Yakjuj dan Makjuj di dalam "An Islamic View Of Gog And Magog In The Modern World" menurut perspektif Hadis
 
Creator Khalil, Ikram
Ahmad Shah, Faisal
 
Description Mutakhir ini terdapat banyak perbincangan yang diutarakan tentang hadis-hadis fitan. Perbahasan tentang fitnah Dajal, Yakjuj dan Makjuj serta tanda-tanda kiamat yang lain bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini. Namun dalam keghairahan membicarakan tentang hadis-hadis fitan terdapat sebilangan penulis yang kurang teliti sehingga mengabaikan metode memahami hadis yang telah di gariskan oleh ulama. Pengabaian kepada metode ini menimbulkan salah faham dan kesilapan dalam memahami hadis. Artikel ini membincangkan mengenai  pemikiran Imran N. Hosein tentang kemunculan Yakjuj dan Makjuj.  Di dalam karya An Islamic View Of Gog And Magog In The Modern World Imran N. Hosein berpendapat Yakjuj dan Makjuj telah keluar sejak ribuan tahun dahulu. Berdasarkan hakikat tersebut, adalah satu perkara yang penting untuk diteroka tentang pemikiran beliau yang disifatkan sebagai menongkah arus pemikiran para sarjana hadis muktabar. Objektif utama kajian ini adalah untuk menjelaskan pemikiran Imran N. Hosein tentang kemunculan Yakjuj dan Makjuj. Selain itu kajian juga  bertujuan mengenal pasti faktor berlakunya kesilapan  dalam memahami hadis berkaitan Yakjuj dan Makjuj. Dalam menghasilkan kajian ini penulis menggunakan metode dokumentasi yang merujuk sepenuhnya kepada kitab-kitab syarah hadis, tesis, disertasi, jurnal, laman sesawang dan buku-buku rujukan yang berkaitan. Dapatan kajian merumuskan Imran N. Hosein berpandangan pelepasan Yakjuj dan Makjuj bermula pada  ketika hayat Rasulullah SAW lebih daripada 1400 tahun yang lalu.   Kajian juga mendapati berlakunya kekeliruan dan salah faham tentang kemunculan Yakjuj dan Makjuj berpunca daripada pengabaian metode memahami hadis yang telah digariskan ulama. Kajian ini memberi implikasi bahawa pemikiran Imran N. Hosein tentang keluarnya Yakjuj dan Makjuj tidak selaras dengan pandangan majoriti ulama hadis. Selain itu implikasi kajian ini telah merumuskan bahawa keperluan mematuhi metode yang telah digariskan oleh ulama bagi mengelakkan kesilapan dalam memahami hadis berkaitan Yakjuj dan Makjuj.
This article discusses Imran N. Hosein's thoughts on the emergence of Gog and Magog in the work of Islamic Views on Gog and Magog in the Modern World. The purpose of this writing is to expose to the Muslim community the possibility of misunderstandings in understanding the hadith regarding Gog and Magog. The effects of misunderstandings and misinterpretations of fitan's hadith have misunderstood the public. In the analysis of this study the authors used document analysis as a research method which is completely referenced to the books of the hadith, thesis, dissertations, journals, websites and reference books. The findings conclude that Gog and Magog and Magog will appear at the end of the time after the coming of Jesus and the death of the Antichrist (Dajjāl).
 
Publisher KUIS Press
 
Date 2020-12-16
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/117
 
Source HADIS; Vol 10 No 20 (2020): HADIS; 567-609
2550-1585
2231-9018
 
Language eng
 
Relation http://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/117/80
 
Rights Copyright (c) 2020 HADIS
http://creativecommons.org/licenses/by/4.0
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library