PERKONGSIAN CABARAN DALAMAN DAN LUARAN KLIEN WANITA BERPOLIGAMI OLEH KAUNSELOR MUSLIM DI PULAU PINANG MALAYSIA

At-Taujih : Bimbingan dan Konseling Islam

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title PERKONGSIAN CABARAN DALAMAN DAN LUARAN KLIEN WANITA BERPOLIGAMI OLEH KAUNSELOR MUSLIM DI PULAU PINANG MALAYSIA
 
Creator Jayos, Samsiyah
 
Description Poligami merujuk kepada seorang lelaki yang mempunyai isteri lebih dari seorang. Manakala kajian mengenai cabaran yang dihadapi oleh isteri atau wanita yang berpoligami secara lebih mendalam dan terperinci masih lagi kurang dijalankan (Mohd Amirruddin, 2005; Jaymess, 2007). Jika isu poligami ini dibahaskan, ia membuatkan kaum lelaki menyenanginya, manakala wanita mencemuhnya (Zuhayati, 2010). Sehubungan itu, kajian ini berkaitan dengan poligami dan dikhususkan kepada wanita Islam yang berpoligami iaitu wanita yang berpoligami ingin dijalankan. Melalui poligami iaitu hidup bermadu pastinya akan mengalami pelbagai cabaran bagi seorang wanita. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji cabaran luaran dan dalaman yang dihadapi oleh wanita yang poligami secara lebih mendalam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dan reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kajian kes dengan menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka (Kamarul Azmi, 2012; Kamarul Azmi, 2012; Rusli Ahmad et al., 2014). Sampel kajian adalah bertujuan. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada wanita Islam yang sedang bermadu di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan seorang responden yang merupakan isteri pertama sebagai kajian rintis. Seterusnya empat (4) orang responden sebenar yang terdiri daripada seorang isteri pertama, dua (2) orang isteri kedua dan seorang isteri ketiga. Hasil kajian mendapati terdapat dua (2) skop cabaran iaitu cabaran dalaman dan luaran. Didapati tiga (3) cabaran luaran yang dihadapi oleh responden iaitu aspek jasmani, aspek ekonomi dan aspek interaksi sosial. Manakala, cabaran dalaman terdapat tiga (3) aspek iaitu aspek emosi, aspek intelektual dan aspek rohani. Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengetahui dan memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bermadu terhadap kaunselor dan masyarakat. Selain itu, kajian ini perlulah diperluaskan lagi pada masa akan datang agar keluarga, kaunselor dan masyarakat mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu ini dengan harapan klien dalam golongan ini dapat dibantu dengan lebih berkesan. Kata kunci: Perkongsian, cabaran, cabaran dalaman, cabaran luaran, klien, poligami dan wanita.
 
Publisher Prodi Bimbingan dan Konseling Islam Fakultas Dawah dan Komunikasi UIN Ar-Raniry
 
Contributor
 
Date 2020-06-30
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion

 
Format application/pdf
 
Identifier https://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih/article/view/7187
 
Source At-Taujih : Bimbingan dan Konseling Islam; Vol 3, No 1 (2020): Jurnal At-Taujih Vol.3 No.1 Januari-Juni 2020; 1-13
2614-4980
2598-585X
 
Language eng
 
Relation https://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih/article/view/7187/4307
 
Rights Copyright (c) 2020 At-Taujih : Bimbingan dan Konseling Islam
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library