Impak Modenisasi dan Pengkomersilan Terhadap Keaslian Makanan Tradisi dan Identiti Budaya Etnik Kadazan-Dusun di Sabah

Borneo International Journal

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Impak Modenisasi dan Pengkomersilan Terhadap Keaslian Makanan Tradisi dan Identiti Budaya Etnik Kadazan-Dusun di Sabah
 
Creator Mohd Yakin, Halina Sendera
Tung Moi, Chiew
Totu, Andreas
Sintang, Suraya
Ooi Beng Houi, Yasmin
Lukin, Siti Aidah
George@Mohd. Rosli, Ramlah
 
Description Modenisasi memainkan peranan besar terhadap perubahan identiti budaya sesebuah etnik termasuklah aspek makanan tradisi. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji kesan modenisasi dan pengkomersilan terhadap keaslian makanan tradisi serta pelestarian identiti budaya dan mengenalpasti tahap serta kaedah pengkomersilan makanan berkenaan. Kajian ini memfokuskan kepada makanan tradisi etnik Kadazan-Dusun di Sabah khususnya tuhau dan bambangan.  Kajian lapangan yang menggunakan teknik pengamatan turut serta, temu bual dan tinjauan soal selidik dilaksanakan di beberapa lokasi petempatan etnik Kadazan-Dusun termasuklah kawasan Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Tamparuli, Ranau dan Kundasang), Pantai Barat Utara (Kudat, Sikuati dan Kota Marudu) dan Pedalaman atas (Tenom, Keningau, Tambunan, Nabawan dan Sook). Dapatan kajian mendapati bahawa pengkomersilan dan modenisasi mempengaruhi keaslian makanan tradisi etnik Kadazan-Dusun khususnya tuhau dan bambangan tetapi tidak melenyapkan identiti budaya etnik berkenaan kerana penyediaan secara tradisi masih turut dipasarkan dan mendapat sambutan dalam kalangan penduduk. Sementelah itu, lokasi petempatan mempengaruhi keaslian dan improvisasi serta tahap dan kaedah pengkomersilan makanan tradisi berkenaan. Antara faktor-faktor yang menyumbang terhadap senario tersebut adalah kebolehcapaian atau ketembusaan media, tarikan pelancong dan keberadaan hubungan antara budaya dalam kalangan etnik. Kajian ini diharap menyumbang terhadap pelestarian identiti budaya dan pada masa yang sama meningkatkan pengkomersilan makanan tradisi etnik khususnya dalam kalangan etnik Kadazan-Dusun di Sabah.
Kata kunci: Modenisasi; Pengkomersilan; Makanan Tradisi; Kadazan-Dusun; Keaslian; Identiti Budaya
 
Publisher Majmuah Enterprise
 
Date 2020-07-04
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/49
 
Source Borneo International Journal eISSN 2636-9826; Vol 2 No 4 (2020): July; 37-46
2636-9826
 
Language eng
 
Relation https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/49/26
 
Rights Copyright (c) 2020 Borneo International Journal eISSN 2636-9826
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library