Penilaian Psikometrik Inventori Kecekapan Emosi (versi Bahasa Melayu) Melalui Kaedah PLS-SEM

Borneo International Journal

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Penilaian Psikometrik Inventori Kecekapan Emosi (versi Bahasa Melayu) Melalui Kaedah PLS-SEM
 
Creator Leong, Jong Jee
 
Description Inventori Kecekapan Emosi atau Emotional Competence Inventory (ECI) digunakan mengukur kecekapan emosi individu dan organisasi. Instrumen ini telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu melalui teknik terjemahan kembali. Kebolehpercayaan dan kesahan alat kajian ini hanya diuji dalam satu populasi tempatan sahaja dan psikometrik instrumen ini belum dinilai dengan menggunakan pendekatan Permodelan Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM). Tambahan pula, penilaian kebolehpercayaan instrumen ini dengan menggunakan kaedah alpha Cronbach selalunya menghasilkan nilai ketekalan dalaman yang rendah manakala kebolehpercayaan komposit (CR- Composite Reliability) sering kali menunjukkan nilai ketekalan dalaman yang tinggi. Nilai sebenar ketekalan dalaman bagi satu-satu petunjuk perlu dikenalpasti dengan mendapatkan nilai pekali Cronbach dan nilai CR. Selain itu, pemuatan luaran bagi kompetensi dan dimensi juga akan ditentukan dalam kajian ini. Kesahan konvergen dan kesahan diskriminan digunakan untuk mengetahui kesahan kompetensi dan dimensi ECI. Kesahan konvergen ditentukan melalui nilai Average Variance Extracted (AVE) dan kesahan diskriminan dikenalpasti melalui analisis Kriteria Fornell-Larcker dan analisis Cross-Loadings. Seramai 130 orang responden yang dipilih secara rawak melalui pensampelan berkelompok terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SmartPLS versi 3.2.8. Hasil kajian telah berjaya menentukan nilai sebenar ketekalan dalaman setiap kompetensi dan dimensi instrumen ini. Kompetensi dan dimensi dalam instrumen ECI ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai CR dan pemuatan luaran melebihi 0.70. Alat kajian ini juga menunjukkan tahap kesahan konvergen yang baik apabila nilai AVE kompetensi dan dimensi ECI melebihi 0.50. Analisis Kriteria Fornell-Larcker mendapati kuasa dua AVE bagi setiap kompetensi dan dimensi ECI adalah lebih tinggi daripada korelasi kompetensi dan dimensi lain yang dinilai. Setiap kompetensi bermuat baik dalam dimensinya sendiri daripada dimensi yang lain setelah analisis Cross-Loadings dijalankan.
 
Publisher Majmuah Enterprise
 
Date 2019-10-30
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/36
 
Source Borneo International Journal eISSN 2636-9826; Vol 2 No 1 (2019): October; 26-37
2636-9826
 
Language eng
 
Relation https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/36/16
 
Rights Copyright (c) 2019 Borneo International Journal eISSN 2636-9826
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library