Kepimpinan Transformasional Penolong Kanan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Efikasi Guru

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Kepimpinan Transformasional Penolong Kanan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Efikasi Guru
 
Creator Ibrahim, Nurul Husna
Abdul Wahab, Jamalullail
 
Description Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPKKo) merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengurus dan memimpin serta berkait langsung dengan pelaksanaan dan kegiatan kokurikulum. Justeru, GPKKo perlu mempengaruhi dan meningkatkan potensi dan efikasi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Artikel ini bertujuan meninjau amalan kepimpinan transformasional GPKKo dan hubungannya dengan efikasi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Sabak Bernam. Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif dan inferensi dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya dan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Artikel ini akan membincangkan empat dimensi kepimpinan transformasional GPKKO yang berfokus kepada memupuk pengaruh yang ideal, motivasi berinspirasi, membina ransangan intelek, serta pertimbangan berasaskan individu dan tiga dimensi efikasi guru iaitu strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan pelajar berdasarkan 140 responden yang terdiri daripada guru-guru di lima buah sekolah menengah yang terpilih di daerah Sabak Bernam. Dapatan kajian mendapati amalan kepimpinan transformasional GPKKo di daerah Sabak Bernam adalah pada tahap yang tinggi (min=3.8878, sp=.61967). Kajian juga mendapati bahawa guru-guru di daerah Sabak Bernam mempunyai tahap efikasi yang tinggi (min=4.0740, sp=.47861) dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Hasil dapatan ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana, signifikan dan positif (r=0.473, p<0.01) antara amalan Kepimpinan Transformasional GPKKO dan efikasi guru. Implikasi hasil daripada dapatan ini menjadi panduan kepada GPKKo dalam menambah baik amalan kepimpinan agar tahap efikasi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dapat dipertingkatkan. Kesimpulannya, amalan kepimpinan GPKKo mempengaruhi tahap efikasi guru dan keduanya saling berhubungan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-02-07
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/677
10.47405/mjssh.v6i2.677
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 2 (2021); 181 - 196
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/677/494
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library