Hubungan Iklim Organisasi Sekolah dengan Burnout Guru Sekolah Menengah

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Hubungan Iklim Organisasi Sekolah dengan Burnout Guru Sekolah Menengah
 
Creator Leong, Shen Yen
Mohd Nordin, Norazah
 
Description Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap iklim organisasi sekolah dan tahap burnout guru serta hubungan iklim organisasi sekolah dengan burnout guru dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Subis, Sarawak. Kajian in adalah bersifat kuantitatif yang mendadaptasi dan menyesuaikan soal selidik Organisational Climate Index (OCI) dan Maslach Burnout Index (MBI) mengikut konteks kajian. Sampel kajian terdiri daripada 167 orang guru yang telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak berstrata daripada 5 buah sekolah menengah di daerah Subis. Perisian SPSS versi 26 digunakan untuk menganalisis data dengan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap iklim organisasi sekolah berada pada tahap yang sederhana (min= 2.58, SP=.379). Tahap burnout guru dalam kalangan guru sekolah menengah berada pada tahap sederhana rendah (min= 2.61, SP=.466). Analisis korelasi pearson yang menjelaskan hubungan iklim organisasi sekolah dengan burnout guru sekolah menengah daerah Subis pula mencatatkan korelasi yang tidak signifikan (r=.053) pada tahap sangat rendah. Analisis regresi berganda stepwise mendapati tiada dimensi iklim organisasi sekolah yang meramalkan tahap burnout [F (4, 162) = 0.689, p<0.05]. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa iklim organisasi sekolah adalah kurang terbuka kerana pihak pentadbiran sekolah kurang memberi dan mendapat maklum balas daripada pihak ibu bapa dan pihak luar. Kajian lapangan perlu merangkumi aspek iklim sekolah yang lain seperti penglibatan murid, komitmen guru dan efikasi kendiri guru. Iklim organisasi sekolah yang rendah memberikan implikasi terhadap pengetua untuk meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan kepada pihak ibu bapa serta bersikap terbuka untuk menerima pandangan daripada pihak lain.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-02-07
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/663
10.47405/mjssh.v6i2.663
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 2 (2021); 167 - 180
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/663/493
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library