Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional Pengetua dengan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional Guru di Sekolah Menengah

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional Pengetua dengan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional Guru di Sekolah Menengah
 
Creator Sidi Ahmad, Noor Diyana Binti
Abdul Wahab, Jamalul Lail Bin
 
Description Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan amalan komuniti pembelajaran profesional (PLC) guru di sekolah menengah di daerah Subis, sebuah daerah di luar bandar Sarawak. Ini selari dengan anjakan transformasi empat dan lima yang telah digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM). Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dan disesuaikan mengikut konteks pendidikan di Malaysia berdasarkan instrumen Principal Instruction Management Rating Scale (PIMRS) dan School Professional Staff as Learning Communities Questionnaire (SPSLCQ) yang telah diedarkan kepada 173 orang guru di lima buah sekolah menengah di daerah Subis. Analisis data dijalankan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif (kekerapan dan min) dan inferensi (korelasi Pearson). Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua berada pada tahap sederhana tinggi dan tahap amalan PLC guru juga berada pada tahap sederhana tinggi. Seterusnya, hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan amalan PLC guru di sekolah menengah di daerah Subis mempunyai korelasi yang signifikan pada tahap positif yang sangat lemah. Dapatan kajian ini menunjukkan tiada perbezaan tahap amalan kedua-dua pemboleh ubah di bandar atau luar bandar. Selain itu juga, diharapkan dapatan kajian ini dapat memacu perubahan pendidikan negara daripada aspek latihan kepengetuaan dan menambah baik peranan pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta meningkatkan amalan kepimpinan instruksional pengetua.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-02-07
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/658
10.47405/mjssh.v6i2.658
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 2 (2021); 152 - 166
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/658/492
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library