Impak Perintah Kawalan Pergerakan terhadap Golongan Miskin: Satu Analisis Cerpen “Kuncitara”

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Impak Perintah Kawalan Pergerakan terhadap Golongan Miskin: Satu Analisis Cerpen “Kuncitara”
 
Creator Shahul Hamid, Mohamed Nazreen
Md Ali, Rohaya
Ramli, Muhammad Wafi
 
Description Tahun 2020 yang di canang-canangkan sebagai kemuncak ketamadunan moden manusia, akhirnya telah bertukar menjadi mimpi ngeri bagi masyarakat dunia. Hal akibat daripada musuh kecil dan licik, iaitu COVID-19 yang telah meragut jutaan nyawa dan menjadi ancaman global yang digeruni. COVID-19 juga menular di Malaysia dengan pengesanan awal pada Januari 2020. Bilangan jangkitan kemudian mencanak naik pada bulan-bulan berikutnya. Bagi memutuskan rantaian jangkitan, pihak kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, langkah ini tidak seindah yang dijangkakan kerana ia memberikan impak yang besar terhadap masyarakat terutamanya golongan miskin. Sebenarnya, situasi pandemik dan PKP yang berlaku ini mendapat perhatian penulis-penulis kreatif yang menzahirkan penceritaan ke dalam bentuk karya kesusasteraan. Oleh itu, dengan mengambil kira cerpen yang dihasilkan oleh Saiful Ghazali yang bertajuk “Kuncitara” (2020), makalah ini bertujuan mengkaji impak PKP terhadap golongan miskin berdasarkan cerpen tersebut. Cerpen ini dianalisis secara tekstual dengan berpandukan konsep sosiologi sastera. Hasil kajian mendapati bahawa, seperti mana yang ditonjolkan dalam cerpen “Kuncitara” terdapat enam tema isu permasalahan yang membelenggu golongan miskin ketika PKP, iaitu ketidakstabilan emosi, tekanan hidup, keganasan tingkah laku, masalah sosial, ancaman kesihatan dan pengingkaran norma. Kajian ini dirujuk signifikan bagi memahami isu-isu yang berlaku terhadap golongan miskin semasa PKP dan membuktikan karya kesusasteraan mampu menjadi saluran yang baik dalam memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan isu-isu tersebut.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-02-07
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/645
10.47405/mjssh.v6i2.645
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 2 (2021); 1 - 8
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/645/482
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library