Pengaruh Latihan Bercirikan Ketenteraan Keatas Pembangunan Prestasi Pekerja: Organisasi Sektor Awam di Malaysia

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Pengaruh Latihan Bercirikan Ketenteraan Keatas Pembangunan Prestasi Pekerja: Organisasi Sektor Awam di Malaysia
 
Creator Lamsah, Mohd Safix
Che Rose, Rosniza Aznie
Johari, Muhammad Daud
Baker, Rogis
Ismail, Mohd Sani
 
Description Latihan di tempat kerja merupakan faktor kritikal dalam meningkatkan kekuatan sumber manusia khususnya pembentukan prestasi pekerja. Pengurusan sumber manusia yang optimis akan memastikan latihan tersebut memberi impak yang positif. Namun begitu, kebanyakan latihan yang dilaksanakan di kebanyakan organisasi sektor awam masih di tahap yang memuaskan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh latihan bercirikan modul ketenteraan keatas pembangunan modal insan di Kementerian Pertahanan, Malaysia. Kaedah pengumpulan data daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada 92 responden menggunakan formula Taro Yamanae. Prestasi pekerja berasaskan modul ketenteraan dianalisis berdasarkan analisis kebolehpercayaan, ujian kenormalan, analisis deskriptif, analisis kolerasi dan analisis regresi linear menggunakan Statistical Package for Social Sciences. Daripada ujian kenormalan, data Skewness dan Kurtosis bertabur secara normal yang menunjukkan nilai kepencongan berada dalam lingkungan 2.0 titik cut-off. Analisis deskriptif menunjukkan taburan kekerapan tahap prestasi pekerja pada tahap tertinggi bersamaan 90.32 peratus. Melalui analisis kolerasi, penggunaan modul ketenteraan mempunyai kolerasi yang tinggi. Analisis regresi linear turut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara modul ketenteraan terhadap prestasi pekerja khususnya dari aspek kerjasama sepasukan. Justeru, latihan berasaskan modul ketenteraan berupaya melatih mental dan fizikal pekerja awam khususnya mengurangkan tekanan bekerja dalam organisasi. Malah, perkembangan kognitif dan psikomotor pekerja amat bersesuaian dengan skop kerja dengan latihan tersebut. Pelaksanaan latihan bercirikan ketenteraan secara holistik telah memberi impak yang positif dalam pencapaian matlamat, misi dan visi organisasi sekali gus mengoptimumkan sumbangan modal insan memacu wawasan negara yang berjaya.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-02-07
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/631
10.47405/mjssh.v6i2.631
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 2 (2021); 53 - 64
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/631/486
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library