Sejauhmanakah Kaedah Bacaan di Malaysia Mencapai Aras Aplikasi dalam Taksonomi Bloom?

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Publication Info
 
 
Field Value
 
Title Sejauhmanakah Kaedah Bacaan di Malaysia Mencapai Aras Aplikasi dalam Taksonomi Bloom?
 
Creator Kasim, Mohamad Rozi Bin
 
Description Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah bacaan bahasa Melayu di Malaysia yang mencapai aras aplikasi seperti yang terdapat dalam Taksonomi Bloom. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif untuk menghuraikan dua kaedah bacaan di Malaysia, iaitu Kaedah Bacalah Anakku dan Sistem Bacaan USM. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini memfokuskan aspek pembacaan, penghuraian dan kritikan terhadap dua kaedah bacaan yang dikaji. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan Sistem Bacaan USM mencapai aras aplikasi, manakala Kaedah Bacalah Anakku tidak mencapai aras aplikasi. Sistem Bacaan USM mencapai aras aplikasi seperti yang dicadangkan dalam Taksonomi Bloom disebabkan Sistem Bacaan USM ini lebih teratur dari sudut pengajarannya dan bersifat konsisten terutama sekali dari sudut bunyi fonem, cara mengeja dan membunyikan suku kata terbuka KV, cara mengeja dan membunyikan suku kata tertutup KVK, cara mengeja dan membunyikan gugusan huruf konsonan dan cara mengeja dan membunyikan urutan vokal. Hal ini berbeza dengan Kaedah Bacalah Anakku yang tidak bersifat konsisten dan teratur seperti tidak membunyikan fonem mengikut International Phonetic Alphabets (IPA) dan cara pengejaan yang tidak sikronis, iaitu bunyi semasa proses mengeja tidak sama dengan output (bunyi) akhir. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru di sekolah tentang penggunaan kaedah bacaan bahasa Melayu yang lebih berkesan kepada semua jenis murid. Penggunaan kaedah yang tepat secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan murid di Malaysia.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2021-01-06
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/592
10.47405/mjssh.v6i1.592
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 6 No 1 (2021); 12 - 26
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/592/449
 
Rights Copyright (c) 2021 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

Contact Us

The PKP Index is an initiative of the Public Knowledge Project.

For PKP Publishing Services please use the PKP|PS contact form.

For support with PKP software we encourage users to consult our wiki for documentation and search our support forums.

For any other correspondence feel free to contact us using the PKP contact form.

Find Us

Twitter

Copyright © 2015-2018 Simon Fraser University Library